.

.

Friday, September 27, 2013

PENGENALAN KURSUS CTA 1012 BAKTI SISWA



PENGENALAN KURSUS CTA 1012 BAKTI SISWA

Panduan Kursus ini disediakan untuk membantu pelajar memahami keperluan kandungan kursus. Pelajar hendaklah sentiasa membaca dan merujuk bahagian panduan ini dengan dengan teliti untuk membolehkan pelajar melengkapkan kursus ini dengan jayanya.

Kursus CTA 1012 BAKTI SISWA ini dirangka untuk memberikan pendedahan kepada pelajar mengenai pengendalian program berbentuk khidmat komuniti. Kursus ini menyediakan pelajar wadah untuk memahami teori dan praktikal serta elemen di dalam proses keseluruhan penganjuran program BAKTI SISWA meliputi perancangan, kajian, perlaksanaan dan pengurusan pasca projek.

KUMPULAN SASARAN

Kursus ini ditawarkan secara eksklusif kepada semua pelajar yang mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan (Pendidikan Islam) bagi mengajar di sekolah-sekolah menengah di Malaysia.

PERUNTUKAN MASA PEMBELAJARAN

Mengikut piawaian MQA, setiap jam kredit memerlukan pelajar memperuntukkan 40 jam pembelajaran. Oleh itu pelajar memerlukan 80 jam waktu pembelajaran. Anggaran agihan waktu pembelajaran bagi kursus CTA 1012 BAKTISISWA ini adalah seperti jadual di bawah:

Bil
Aktiviti pembelajaran
Jam Pembelajaran


Bersemuka
Tidak Bersemuka
1
Tutorial
4

2
Tutorial Dalam Talian

10
3
Membaca Modul dan Menyiapkan Tugasan (praktikal)

56
4
Video P&P melalui MyLMS

12
Jumlah Masa Pembelajaran
82

Jadual 1 : Anggaran agihan masa pembelajaran CTA 1012 BAKTISISWA


HURAIAN CTA 1012 (BAKTISISWA)

           HASIL PEMBELAJARAN KURSUS

Setelah menghabiskan kursus ini, para pelajar diharapkan berkebolehan:

1.  Menjelaskan peranan mahasiswa dalam aktiviti kemasyarakatan di dalam kepelbagaian masyarakat Malaysia. (LO1, C2)
2.   Menyelesaikan satu permasalahan dalam masyarakat setempat serta mencari idea dan penyelesaian alternatif (LO3, CTPS3)
3.    Memimpin satu program khidmat komuniti dari aspek perancangan, perlaksanaan dan pelaporan. (LO9, LS2).
  
OBJEKTIF KURSUS

Antara objektif kursus ini adalah:
1.  Mendedahkan tentang peranan pelajar sebagai mahasiswa dalam aktiviti kemasyarakatan.
2.    Mengkaji cabaran dan keperluan melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat di Malaysia.
3.    Merancang dan menguruskan satu program khidmat komuniti yang memiliki impak terbaik kepada masyarakat berdasarkan pendedahan, praktikal dan teori serta latihan yang diikuti.


          KEMAHIRAN YANG DIPEROLEHI

Pelajar akan dapat memahami cabaran dan keperluan melaksanakan tanggungjawab sosial sebagai mahasiswa terhadap masyarakat di Malaysia dengan menguasai kemahiran pengurusan satu program khidmat komuniti yang memberi impak baik kepada masyarakat berdasarkan pendedahan teori dan, praktikal.

Kemahiran ini merupakan satu nilai tambah yang unik kepada pelajar serta menjadi platform kepada mereka untuk dibentuk menjadi anggota masyarakat yang menonjol sebagai “towering personality” bersesuai dengan visi dan misi USIM untuk berkhidmat kepada masyarakat Malaysia khususnya dan dunia amnya.

          CARA PENGAJARAN & PEMBELAJARAN,

Kursus ini akan diajar melalui sistem pembelajaran atas talian, di mana segala bahan pengajaran akan disediakan dalam sistem  tersebut dan pembelajaran dijalankan secara maya. Pelajar akan didedahkan tentang peranan mahasiswa dan sumbangannya kepada masyarakat setempat, seterusnya melaksanakan satu program khidmat komuniti sebagai projek kursus yang akan dinilai di akhir semester.

Ia dijalankan mengikut konsep “Problem Based Learning” (PBL), di mana pelajar perlu mengenalpasti permasalahan yang timbul dalam masyarakat seterusnya mencadangkan satu penyelesaian terbaik seterusnya menilai kejayaannya.


          SINOPSIS KURSUS

Kursus ini memberi pengetahuan tentang maklumat berkaitan tentang peranan dan tanggungjawab sosial yang harus dimainkan mereka sebagai mahasiswa kepada masyarakat.

Para pelajar akan melakukan analisis secara praktikal berkaitan cabaran dan keperluan melaksanakan tanggungjawab sosial terhadap masyarakat seterusnya berupaya untuk menzahirkan satu program khidmat komuniti yang memiliki impak yang baik kepada masyarakat. 

Kursus ini merupakan satu nilai tambah yang unik kepada pelajar serta menjadi platform kepada mereka untuk dibentuk menjadi anggota masyarakat yang menonjol sebagai “towering personality” bersesuai dengan visi dan misi USIM untuk berkhidmat kepada masyarakat Malaysia khususnya dan dunia amnya. Kursus ini dikendalikan secara perbincangan dan PBL yang akan menerapkan amalan dan kaedah terbaik berkaitan perancangan, penilaian dan pelaksanaan program khidmat komuniti.

No comments:

Post a Comment