.

.

Friday, September 27, 2013

AL QURAN DAN KEMAHIRAN INSANISAH (SOFT SKILLS)



Al Quran telah menyebut tentang Kemahiran Insaniah (Soft Skills) dan memberikan beberapa garis panduan sebagai asas sebagai contoh bagi mewujudkan perhubungan atau interaksi (Kemahiran Komunikasi) yang berkesan di antara seseorang dengan seseorang insan yang lain. Di antara ayat-ayat Al Quran yang menjelaskantentang perkara di atas ialah:

"Perkataan yang baik dan perbuatan memaafkan (kesilapan mereka) adalah lebih baik daripada memberi sedekah(pemberian) yang diiringi (dengan perbuatan atau perkataan) menyakitkan hati. Dan (ingatlah) Allah maha kaya danmaha penyantun".

(Al-Baqarah: 263)

"Dan kalaulah engkau terpaksa berpaling daripada mereka untuk tidak melayani mereka kerana menuntut RahmatTuhan kamu yang kamu mengharapkannya,
maka katakanlah kepada mereka kata-kata yang baik menyenangkanhati".

(Al-Isra' : 28)

"Maka rahmat Allah yang menyebabkan kamu berlemah lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keraslagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu".

(Al-'Imran : 159)

"Serulah (manusia) ke jalan (agama) Tuhanmu dengan hikmah kebijaksanaan dan nasihat yang baik danberbahasalah dengan mereka dengan cara yang sebaik-
baiknya….."

(An-Nahl : 125)

KITA HARUS MENGUASAI KEMAHIRAN INSANIAH

No comments:

Post a Comment